Sunday, February 13, 2011

Penangan Facebook

Salam sejahtera semua,

Sejak akhir-akhir ini fenomena facebook amat terkesan kepada pengguna khususnya golongan muda di seluruh dunia. Baru-baru ini penangan facebook telah menyemarakkan suara dan hati rakyat Mesir sehingga tumbangnya Kerajaan Firaun Moden Hosni Mubarak...

Semua ini adalah berpunca dari laman sosial yang amat berpengaruh ini...Adakah fenomena ini akan menjalar ke seluruh dunia khususnya negara-negara yang ditindas dan dikuasai oleh presiden-presiden yang tamakkan dunia tanpa menyelami kesusahan rakyatnya...

Tunisia telah tumbang, Mesir mengikuti, Yemen pula sedang bergolak....Adakah ini merupakan satu signal kepada kerajaan-kerajaan yang tidak menghiraukan keperluan dan kesusahan rakyat???

Kepesatan teknologi dan perkembangan laman sosial yang telah menjadi satu ikutan umat seluruh dunia memberi cabaran dan peringatan kepada kerajaan-kerajaan yang sedang memerintah supaya mengambil iktibar dari peristiwa ini...ingatlah bahawa amanah yang dipikul amat berat dan memerlukan check and balance supaya duit dan hak rakyat tidak dibazirkan sewenang-wenangnya untuk kepentingan diri sendiri, keluarga dan kroni...

Suara rakyat adalah kuasa sebenar dalam sesebuah negara, walau bagaimana zalim,kuat,berpengaruh...akhirnya rakyat yang akan menentukan, cuma masa dan ketikanya sahaja yang tidak tahu bila akan datang...jadi peganglah amanah dengan teguh untuk rakyat sebelum rakyat mempersoalkannya, apatah lagi oleh Yang Maha Kuasa....